Dalam entri “Request Content” , saudara RozaniGhani meminta
saya membuat tutorial membuat Wireless Ad Hoc untuk Windows 7. Untuk
makluman, jaringan ad hoc ini biasanya digunakan untuk bermain games
secara LAN (DoTA, NFS, WoW, dll) tanpa memerlukan sambungan internet.
Jaringan ini juga membolehkan beberapa komputer untuk berkongsi fail
secara wireless. Satu cara alternatif adalah menggunakan kabel LAN.
Walaupun sambungan lebih laju, ia selalu digunakan pada 2 komputer
sahaja. Untuk menyambungkan, lebih dari 2 komputer menggunakan kabel,
anda perlu memperuntukkan sedikit kos untuk membeli router/switch.
OK. Tak perlu berceloteh panjang, saya teruskan dengan tutorial.
1. Klik ikon network di taskbar, kemudian klik “Open Network and Sharing Center”
2. Klik “Setup a New Connection or Network”
3. Satu window akan muncul. Klik pada “Setup a wireless ad hoc (computer to computer) network
4. Klik “Next”
5. Taipkan nama network yang anda
inginkan pada petak “Network Name”. Gunakan “No authentication (Open)”
untuk “Security Type”. Jika anda perlukan privasi, gunakan “WEP” dan
isikan petak “Security Key” dengan password mengikut kehendak anda. Tick
“Save this network” supaya anda tidak perlu membuat network tersebut
beberapa kali. Klik “Next”
6. Selesai!
7. Jika anda klik semula ikon network di taskbar, network yang anda create tadi akan muncul.
8. Sekarang, rakan-rakan anda yang lain boleh connect dengan ad hoc network tersebut dan teruskan misi anda untuk bermain games!
Selamat mencuba!
0 komentar:
Posting Komentar